Monday, 12 September 2011

8 tanda seseorang itu curang

Kalau korang suspect yang si dia ada tanda-tanda mula membuat kecurangan, jangan cepat melatah dan jadi macam polis pencen pulak. Banyak-banyak bersabar dan cuba elakkan dari membuat tuduhan-tuduhan kosong tanpa bukti.
Sebenarnya susah untuk kita pastikan dorang ni curang atau tidak, tapi kita kenalah berwaspada selalu kan. Cuba untuk lebih sensitif dan ambik kira apa yang terjadi dalam hubungan korang tu. Perlu di ingat, tuduhan dan andaian yang salah boleh menyebabkan si dia menjauhkan diri.
Jadi, kat sini eden ada beberapa kemungkinan tanda-tanda yang boleh dikesan dari kegiatan kecurangan mereka itu.

1.Terperanjat bila HP berbunyi
Selalunya si dia tahu dan kenal dengan kawan dan keluarga kita, dan tak pernah risaupun siapa nak sms atau telefon dia. Tapi, akhir-akhir ni korang perasan bila bunyi sms masuk je, tiba-tiba je si dia menggelabah ataupun tak nak cakap sapa telefon atau sms. Ataupun sekarang ni hp tu simpan je dalam handbag ataupun poket seluar. Bila kita ingatkan ada sms masuk tu, dia kata tak apa nanti tengok.

2.Bercerita Tentang Orang Baru
Korang perasan tak perasaan teruja si dia bila bercerita benda-benda baru? Jadi, kalau tiba-tiba si dia asyik bercerita tentang orang baru di ofisnya ataupun terjumpa kawan lamanya, yang memang langsung korang tak kenal, hati-hati mungkin hatinya sedang bertukar arah.

3.Menjauhkan Diri
Kalau korang perasan si dia mula menjarakkan diri, mungkin betul si dia ada orang baru. Tapi ingat perkara ini perlu ditangani dengan tenang dan rasional, walaupun mungkin si dia curang. Kalau sebelum ni si dia suka gelak dengan lawak korang ataupun suka berkongsi hobi, selalu tengok wayang sama, sekarang si dia mula memberi alasan untuk tidak keluar sama ataupun lebih banyak diam, pasti korang akan perasan akhirnya yang kemungkinan hatinya dah jadi milik orang lain. Sebab hati orang sukar dijangka.

4.Menghilang
Sekiranya si dia tiba-tiba menghilang, beri alasan outstation, balik lambat ataupun kena jumpa client dan hp amat sukar dihubungi yang boleh menyebabkan korang tertanya-tanya hidup ke mati si dia ni, mungkin ada udang disebalik batu. Pada masa ni kaji keadaan dia sebab nak tahu seseorang tu curang memang susah lagi-lagi kalau dia pandai simpan dan korang tak ada tempat bertanya.
Kawan-kawannya Bersikap Pelik
Kawan dia yang sebelum ni punyalah peramah, tiba-tiba mengelak bila terserempak dengan korang ataupun mula bersikap pendiam. Dah tentulah kan, kawan si dia akan setia dan cuba untuk tidak membocorkan rahsia yang ada.

5.Berbohong
Kalau dapat tangkap si dia berbohong, kepercayaan kita pada si dia akan hilang. Betul tak? Tapi jangan lah pulak korang nak berdendam, memaafkan itu satu perkara yang baik tau. Tapi kena ingat, boleh maafkan tapi jangan lupa kesalahan tu. Kalau selalu sangat berbohong tentang perkara yang sama, buat satu perkara untuk diri korang: tinggalkan si dia dan jangan dengar penjelasan dia.

6.Pernah Curang
Selalunya, jika si dia pernah curang, kemungkinan untuk curang lagi tu pasti ada. Kalau sebelum ni dia pernah curang dengan partner terdahulu, apa kemungkinan yang si dia tidak akan curang lagi jika bersama korang? Perkara ni memang tak ada kaitan dengan korang, sebab itu korang boleh kata partnernya yang dulu tu baran, suka dera, ataupun selalu

7.selalu buat anda sedih.
Bila seseoang tu curang, sebenarnya si dia tidak mengambil kira perasaan orang yang dilukakannya. Jadi, jika si dia membuat pengakuan tentang masa silamnya pada korang, mungkin boleh bagi dorang satu peluang – tapi dengan syarat masa ujian untuk si dia tu lebih panjang sebelum korang mula mempercayai mereka.

8.Dengar Kata Naluri
Jangan sesekali abaikan naluri ataupun kata hati korang. Kita dikurniakan dengan naluri hati yang memberi signal bila ada yang tak kena dengan sesuatu keadaan. Tak kiralah sama ada ia berkaitan dengan hubungan korang dengan si dia ataupun apa-apa saja, jangan abaikan perasaan yang korang dapat tu. Selalunya perasaan itu betul dan ia akan membawa korang ke jalan penyelesaian yang korang tak jangka.

Jadi, tepuk dada tanya hati sendiri.

No comments:

Post a Comment